BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

Kristian Atas Nama


Actually sharing nie saya tulis taip tahun 2008 lagi . Pada Awal saya jejak kaki study :)


Saudara/I terkasih dalam nama Yesus,sekali lagi saya berbangga apabila saya diberi peluang sekali berkongsi dengan saudara/i tentang Allah kita. Saya amat berharap dalam nama Yesus Tuhan kita saudara/I seiman turut terdorong dengan apa yang ingin saya kongsikan.

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam minda saya ,apabila suatu ketika di gereja Father menyatakan “janganlah jadi Kristian atas nama”. Pada mulanya,saya bertanya pada diri saya sendiri apa maksud persoalan tersirat yang ingin disampaiknan Father sebenarnya. Malah saya sempat berdoa kepada Tuhan untuk menjawab persoalan di benak fikiran saya. Tapi apabila saya berdoa kepada Tuhan,Tuhan menjawab doa saya dengan menimbulkan persoalan:

1.apa yang telah saya lakukan sebagai umat –Nya?

2. apa saya menuruti apa yang difirmankan-Nya?

3. apa saya mengasihi orang lain seperti Tuhan mengasihi saya?

4. apa saya bersaksi atas nama-Nya?

Apa saya lakukan sebagai umat Tuhan?

-sebagai umat Tuhan,saudara/I seiman begelar seorang Kristian sahaja tidak cukup. Ia harus diikuti dengan perbuatan,ya perbuatan kita sebagai seorang yang mengenal Yesus Tuhan. Saya seringkali bergumul dalam hati ,apabila saudara/I seiman dalam Yesus menyatakan dirinya mengenal Yesus,tapi perbuatan,perlakuan,pertuturan sebagai umat Yesus dimana????? Jadi saudara/I seiman turutilah apa yang difirmankan,janganlah terlalu taksub dengan duniawi..kerana Tuhan sendiri pun berfirman dalam LUKAS 12:33 “ juallah segala milik kamu, dan berikan wang kepada orang miskin. Bagi diri kamu ,buatlah dompet yang tidak dapat rosak dan simpan harta kamu di syurga. Di situ harta kamu tidak akan berkurang ,kerana pencuri tidak dapat masuk dan gegat tidak dapat merosakkannya.” Selagi masih mempunyai kesempatan untuk muliakan Tuhan lakukanlah saudara/I seiman, jadilah terang dan garam bagi kerajaan Tuhan…segala pergorban kita tidak sia-sia..1 PETRUS 3:17 “lebih baik menangung penderitaan kerana berbuat baik jika hal itu memang kehendak Allah daripada menanggung penderitaan kerana berbuat jahat.”

Apakah saya menuruti apa yang telah difirmankan?

Untuk menjadi pengikut Yesus saudara/I seiman memang menimbulkan banyak pertentangan dalam diri,Yesus sendiri berfirman dalam MATIUS 10:34 “jangan menyangka bahawa AKU membawa kedamaian ke dunia ini . AKU tidak membawa kedamaian ,tetapi pertentangan.” Orang yang hidup menurut kehendak manusia saudara/I dalam Kritus tabiat dan fikiran juga dipengaruhi oleh kehendak manusia,. Tetapi saudara/I orang yang hidup menurut kehendak Allah,fikiran dan tabiat mereka juga akan dipengaruhi oleh Roh Allah. Jalan kea rah kebinasaan saudara/I amat mudah usahlah mengambil jalan yang mudah itu,tetapi berjalanlah kea rah kehidupan kekal kerana mata kita sendiri sudah melihat kebenaran itu. Janganlah kita biarkan iblis mempergunakan kita dan mengambil kesempatan atas kelemahan yang ada pada diri kita. Teguhkanlah iman dan berdoalh sentiasa ,memang kita tidak akan pernah lari dari menemui kesukaran,tapi bangkitlah ,bersandar terus kepada Allah kita. Berusahalah menuruti apa yang difrmankan kerana ia tidak sia-sia. Sekiranya kita mambenarkan kebenaran dalam Tuhan menang bermaksud kuasa Roh Kudus ada dalam diri kita.

Apakah saya mengasihi orang lain seperti Tuhan mengasihi saya?

Saudara/I seiman ,besarnya cinta kasih Allah tidak menilai ,DIA mengajar umat- Nya untuk mengasihi orang yang menjadi munsuh kitaROMA 12:17 “jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu ,janganlah balas ia dengan kejahatan . Berusahalah untuk melakukan sesuatu yang dianggap baik oleh semua orang.” Secara peribadi saudara/I apabila ada insan membenci saya,saya akan berasa amat sedih,bukanya kerana diri saya dipinggirkan tapi ,Tuhan berbicara melalui firman-Nya menghendaki saya mengampuni yang orang yang memunsuhi saya……KASIH,ya KASIH…1 KORINTIUS 13:4-7 “sesiapa yang mengasihi orang lain,sabar dan baik hati;dia tidak iri hati,tidak bercakap besar,dan tidak sombong. Dia tidak berkasar ,tidak mementingkan diri sendiri,tidak cepat tersinggung,dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain,tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan . dia tahan menghadapi segala sesuatu ,dia mempercayai orang lain,tidak hilang harapan ,dan sentiasa sabar.”

Apakah saya bersaksi atas nama-Nya?

“tetapi kamu akan menerima kuasa ,apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yeruselam,di seluruh Yudea,dan Samaria,serta sampai ke hujung bumi” 1 KIS 1:8. Saudara/I dalam nama Yesus,mata kita sudah terbuka melihat kebenaran Tuhan Allah kita,takkan kita terus diam dan tidak menuai jiwa baru yang haus akan kasih Allah Bapa kita. Sekarang saya berkata kepada saudara/I,guna pakailah diri kita untuk kerajaaan Tuhan ,guna pakai lah apa yang ada ya saudara/I seiman…..di sekeliling kita banyak jiwa yang sedang haus akan kasih Allah kita……sinar kebenaran itu yang akan terpancar dari kita…..atau kita yang berfikir kita muda dan tidak dapat melakukannya????......itu salah,jawapan yang lahir sedemikian seolah mnunjukkan kamu tidak mengenal Allah kita,…jangan kerana kita muda kita menolak panggilan Tuhan untuk menyampaikan perkhabaran..jangan kerana kita muda kita rasa rendah diri untuk melakukan kerajaan Tuhan…kerana Tuhan yang memilih kita untuk kemuliaan nama-Nya….guna pakailah apa yang ada pada diri kita …jangan biarkan pertentangan dalam diri itu menolak panggilan Tuhan untuk kita….

0 comments: